Take a fresh look at your lifestyle.

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

74

Pasti ramai di antara anda yang sanggup bersesak pergi ke hospital kerajaan bila mengalami sebarang sakit walaupun sakit tersebut hanya sakit yang ringan. Sanggup  tunggu lama untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana bayaran klinik-klinik swasta agak mahal.

Menurut perkongsian seorang Pegawai Perubatan Kecemasan, Dr. Asmi Syabil, faktor utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan, yang mana rawatan tersebut boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar . Antaranya adalah demam, batuk, selsema, cirit-birit, gatal-gatal badan, muntah, sakit perut, pening dan sakit kepala

Namun sebenarnya anda tidak perlu pun untuk pergi terus ke unit kecemasan jika hanya sakit ringan seperti yang disebut di atas. Anda boleh saja membeli ubat-ubatan yang sering diberikan oleh doktor di farmasi berdekatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui jenis ubat yang patut anda simpan di rumah sebagai persediaan awal rawatan.

15 JENIS RUMAH YANG WAJIB SIMPAN DI RUMAH

1. Paracetamol 500mg (Panadol)

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Ubat ini adalah salah satu ubat yang wajib ada di setiap rumah dan sudah pastinya ramai yang kenal ubat ini bukan. Kegunaannya apabila anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.

Dos disyorkan: 2 biji (sekali makan) tiga kali sehari. Jangan melebihi 8 biji sehari

2. Loratadine 10mg

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Ubat ini adalah dalam kategori antihistamin yang sering digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau bahasa mudahnya resdung.

Dos disyorkan adalah 1 biji sekali sehari.

3.Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Ubat ini adalah ubat biasa yang diberikan oleh doktor untuk gejalan selesema dan alahan. Untuk pengetahuan anda, ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama.

Kesan pengambilan ubat ini adalah pengguna akan berasa mengantuk. Jadi elakkan pemanduan atau mengendalikan mesin bagi yang bekerja jika ambil ubat ini.

Dos disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari.

4. Diclofenac Sodium 50mg (Voltaren)

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Ubat ini adalah untuk tahan sakit atau radang. Ia sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut walaupun sudah menggunakan paracetamol.

Dos yang disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.

*Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastrik.

5. Metoclopramide HCI 10mg (Maxolon)

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Ubat ini adalah untuk gejala seperti loya dan muntah dan boleh digunakan ketika mengalami migraine. Biasanya, bagi ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.

Dos disyorkan:1 biji, 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

6. Buscopan 10mg

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Jenis ubat ini pula untuk mengurangkan sakit perut terutamanya yang memula-mulas atau kekejangan perut dan sakit batu karang.

Dos disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

7.Ranitidine 150mg (Zantac)

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Ubat ini biasanya digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamannya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastrik dan juga GERD. Ubat ini bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut.

Dos disyorkan: 1 biji, 2 kali sehari.

8. Diphenoxylate + atropine sulphate (Lomotil)

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Ubat ini untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

Dos disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

9. Activated Charcoal 250mg

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.

Dos disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari.

10. Oral Rehydration Salt (ORS)

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Sebenarnya, badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik. Garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.

Jadi, ORS ini sering disarankan oleh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.

11. Mist Magnesium Trisilicate (MMT)

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Ubat ini sama fungsinya seperti Gaviscon yang selalu anda lihat di kaca televisyen! Ubat ini bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati akibat daripada ketidakhadaman.

Anda perlu ambil ubat ini sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas mengambil ubat ini.

Dos disyorkan: 15 ml, 3 kali sehari.

12. Breacol – Cough Syrup

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Pasti ramai yang kenal ubat ini. Anda boleh dapatkan di farmasi atau di 7-eleven.

13. Ammeltz Yoko Yoko

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Ubat ini adalah berfungsi bagi mengurangkan ketegangan otot. Anda boleh dapatkan di luar dengan senang di farmas, juga pasaraya.

14.Chloramphenicol Eye Drop

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis.

15. Termometer

Wajib Simpan 15 Jenis Ubat Ini Di Rumah Sebagai Persediaan Awal Rawatan First Aid Kit (Panduan Bergambar)

Elok jika setiap rumah ada alatan ini untuk cek sendiri suhu badan anda atau anak-anak sama ada demam atau tidak. Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakannya mudah digunakan. Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab tetapi kebiasaannya digunakan adalah:

Suhu 38c dan ke atas = demam

Percayalah jika anda simpan semua ubat yang disarankan ini di rumah sebagai persediaan, pasti akan lebih mudah lepas ini jika anda sakit. Sampai bila asal sakit saja terus pergi ke hospital? Namun anda juga perlu peka jika mengalami alahan apabila mengambil ubat-ubatan yang disenaraikan ini segera berjumpa doktor.