Take a fresh look at your lifestyle.

Tesco Sediakan Panduan Bergambar Untuk Suami Yang Shopping Barang Keperluan Di Pasarayanya

63

Dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ada disebutkan bahawa hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barang keperluan harian sepanjang tempoh kuatkuasa itu.

Selagi tidak habis penularan wabak Covid-19 ini, selagi itulah ketua keluarga iaitu lelaki atau bapa-bapa yang perlu membeli barang seorang diri di pasaraya. Buat para suami yang selama ini ditemani isteri ketika membeli barang keperluan, kini anda berseorangan.

TESCO SEDIAKAN PANDUAN BERGAMBAR BARANGAN DAPUR

Buat para suami di luar sana, kini anda tidak perlu khuatir lagi kerana kini pihak Tesco Malaysia memahami masalah anda. Pihak Tesco mengambil inisiatif dengan menyediakan rajah panduan kepada suami yang berkunjung ke sana untuk memudahkan urusan si suami membeli barang.

PANDUAN BERGAMBAR

Panduan pembelian barangan dapur ini telah dihebahkan melalui Facebook post Tesco sendiri dan dilengkapi dengan terjemahan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa CIna.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat sebagai panduan kepada para suami di luar sana untuk keluar membeli barangan dapur. Selepas ini tidak perlu lagi panik apabila isteri minta membeli barang, pergi sahaja ke Tesco berdekatan pasti urusan anda sangat mudah. Kongsikan maklumat bermakna ini kepada para suami dan rakan-rakan anda sekarang!

Sumber