Tarikh Tutup Permohonan BPN Hasil Bantuan Prihatin Nasional 30 April Ini

Sudah tiba hari yang ditunggu tunggu oleh setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima Bantuan Prihatin Nasional iaitu hari semakan status dan pendaftaran untuk permohonan baru. Pasti ramai yang berasa tidak sabar bahkan ada yang mencuba untuk membuka laman web berkaitan untuk membuat permohonan sejak tengah malam semalam kan?

Yang berkelayakan untuk menerima bantuan ini bukan sedikit ya, berjuta-juta rakyat Malaysia akan memohon bantuan ini melalui laman web yang disediakan. Ramai orang mengakses laman web tersebut dalam masa yang sama telah menyebabkan kesesakan yang sangat teruk di website sehinggakan sesetengah orang tidak dapat buka langsung.

Oleh itu, pihak Jabatan Khidmat Korporat telah membuat pengumuman berkenaan permohonan BPN ini.

PENGUMUMAN TARIKH TUTUP

Ekoran dengan aliran trafik yang amat tinggi di Portal Rasmi LHDNM yang telah mengalami gangguan, pihak kerajaan telah membuat keputusan bahawa semakan BPN boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja sehingga 30 April 2020.

Buat masa sekarang, pemohon diminta agar bersabar dan bertenang kerana pihak mereka sedang mengambil tindakan bagi mengatasi masalah tersebut. Semua orang tidak perlu cemas apabila tidak dapat membuka laman web sekarang kerana anda ada masa lagi sehingga hujung bulan.

Bagi yang sudah pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) anda tidak perlu lagi membuat sebarang semakan atau permohonan kerana anda SUDAH TERSENARAI di dalam data kerajaan. Jangan buka dan tambahkan sesakan laman web yang sedia ada. Berilah peluang kepada pemohon yang masih belum membuat permohonan. Semoga berjaya!