Take a fresh look at your lifestyle.

Senarai Kedai Runcit Online, Ibu Boleh Order Dari Rumah Tanpa Perlu Keluar

97

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita sehingga hari ini menjadi semakin ketat dengan kerahan tenaga tentera sejak semalam, pasti ramai yang memilih untuk berada di rumah berbanding di luar. Tetapi barang dapur kena beli juga bukan?

Setiap isi rumah, hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan itu pun hanya dalam masa yang singkat bagi mengelakkan pertembungan dengan orang ramai di pasaraya.

Tahukah anda, anda sebenarnya boleh duduk di rumah sahaja tanpa keluar untuk mendapatkan barang keperluan runcit dan basah hanya dengan memesannya secara online. Anda hanya perlu berada di rumah dan klik sahaja keperluan anda untuk mendapatkannya. Terus sampai depan pintu rumah!

Semak senarai kedai runcit atau pasaraya yang menawarkan servis ini di bawah.

BARANG RUNCIT DI LEMBAH KLANG

1. Mygroser

Penghantaran bagi pesanan anda adalah pada hari yang sama pesanan pada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kos penghantaran adalah percuma jika anda membuat pesanan sehingga RM100 ke atas. Mereka juga menawarkan servis di luar talian, bilik penyimpanan barang sejuk untuk memastikan kebersihan dan kesegaran bekalan runcit.

Layari: Mygrocer

2. Happyfresh

Happyfresh menyediakan servis penghantaran  barangan keperluan anda daripada pasaraya pilihan anda sendiri. Terdapat pelbagai pilihan pasaraya mengikut kawasan seperti  TESCO, Village Grocer, TMC, Giant dan lain-lan lagi. Anda hanya perlu layari laman web yang disediakan di bawah dan buat pesanan dengan memilih pasaraya pilihan anda. Penghantaran di hari yang sama pada jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari termasuk cuti umum.

Layaari : Happyfresh

3. Tesco

Penghantaran untuk setiap pesanan akan dilakukan pada hari seterusnya dalam masa jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum. Jika anda membuat pesanan online, anda juga boleh ambil barangan yang dipesan di Tesco berhampiran anda. Ini adalah bagi menjimatkan masa anda untuk memilih barang di kedai nanti.

Layari: Tesco

4. Mydin

Sama seperti Tesco, penghantaran bagi pesanan online Mydin akan dihantar pada hari seterusnya,9 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum. Anda juga boleh ambil di kedai berhampiran setelah membuat pesanan online bagi menjimatkan masa anda.

Layari : Mydin

5. Jaya Grocer

Penghantaran dilakukan pada hari seterusnya selepas membuat pesanan pada 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum.

Layari: Jaya Grocer

6. Pantry Express

Penghantaran adalah dilakukan pada hari berikutnya selepas membuat pesanan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Namun berikutan dengan masalah Covid-19, pesanan akan mengambil masa 3 hingga 5 hari tanpa caj penghantaran.

Layari: Pantry Express

SEAFOOD SEGAR

1. My Seafood Mart

Lokasi penghantaran adalah bagi Lembah Klang sahaja iaitu pada 2 petang hingga 8 malam setiap hari tidak termasuk cuti umum yang ditetapkan.

Layari: My Seafood Mart

2. Fish Club

Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad (Johor Bahru) dan Khamis (Kuala Lumpur/Penang).

Layari: Fish Club

3. Fish For It

Penghantaran akan mengambil masa dalam 48 jam dan dilakukan di Lembah Klang sahaja. Jika anda memilih penghantaran di kawasan lain akan mengambil masa yang lebih lama.

Layari: Fish For It

4. Fresh Seafood Malaysia

Penghantaran adalah pada hari bekerja sahaja di kawasan terpilih iaitu Georgetown, Ipoh, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor Bahru.

Layari: Fresh Seafood Malaysia

5. My Fishman

Penghantaran adalah setiap hari Rabu hingga Sabtu sahaja pada jam 11 pagi hingga 7 malam di seluruh negara.

Layari: My Fishman

PRODUK ORGANIK

1. Signature Market

Penghantaran mengambil masa 7 hingga 10 hari di seluruh negara.

Layari: Signature Market

2. Everleaf

Penghantaran mengambil masa 4 hingga 5 hari, barang segar dari ladang tempatan. Lokasi penghantaran adalah di Lembah Klang sahaja.

Layari: Everleaf

3. Organic Express

Penghantaran mengambil masa 2 hingga 5 hari, barang segar dari ladang tempatan. Lokasi di Lembah Klang sahaja.

Layari: Organic Express

4. Organic4U

Masa penghantaran adalah dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Keluaran ladang organik, lokasi Lembah Klang sahaja.

Layari: Organic4U

5. TM Organic Farms

Penghantaran kotak organik mingguan di sekitar Lembah Klang.

Layari: TM Organic Farms

BARANG RUNCIT DI SELURUH NEGARA

1. Redstick Plus

Penghantaran akan mengambil masa selama 1 hingga 5 hari di seluruh negara.

Layari : Redstick Plus

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda dalam memberi kemudahan untuk uruhan anda sekeluarga dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Semua orang diingatkkan supaya sentiasa berwaspada apabila berada di luar dan kurangkan masa untuk keluar rumah. Gunakan kemudahan yang ada untuk memudahkan urusan dalam pembelian barang.