Take a fresh look at your lifestyle.

Senarai 19 Bank Yang Menawarkan Penangguhan Pembayaran Bulanan Sehingga 6 Bulan. Sila Semak Loan Anda

62

Pernahkan anda mendengar istilah moratorium? Apa maksudnya?

Moratorium bererti penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayaran kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.

Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi, rumah, kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan dan bayaran ansuran akan disambung seperti biasa selepas tempoh moratorium tamat.

Persatuan Bank dalam Malaysia mengumumkan ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak Covid-19 ini dengan memberikan penangguhan pembayaran.

Beberapa jenis bank atau enititi pembiayaan dengan rasmi bersetuju untuk menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka baik individu atau syarikat kecil dan sederhana.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jenis-jenis bank yang menawarkan moratorium.

SENARAI BANK YANG MENAWARKAN MORATORIUM

Semak senarai bank atau entiti pembiayaan di bawah dan lihat cara untuk membuat permohonan penangguhan bayaran bank masing-masing.

BANK YANG MENAWARKAN MORATORIUM
Berikut adalah senarai terkini bank yang memberi kemudahan moratorium kepada yang terkesan dengan wabak COVID-19 beserta jenis permohonan dan nombor telefon untuk dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut
Bank Jenis Permohonan No Telefon
1. CIMB / CIMB Islamic Individu / Pemilik Perniagaan 03-62047788
2. Maybank / Maybank Islamic Individu / Pemilik Perniagaan 1-300-88-6688
3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic Individu / Pemilik Perniagaan 03-76268899
4. Affin Bank / Affin Islamic Individu / Pemilik Perniagaan 03-82302222
5. AmBank Individu / Pemilik Perniagaan 03-21788888
6. Bank Islam Individu / Pemilik Perniagaan 03-26900900
7. Bank Simpanan Nasional (BSN) Individu / Pemilik Perniagaan 1300-88-1900
8. Agro Bank Individu / Pemilik Perniagaan 1-300-88-2476
9. Bank Muamalat Individu / Pemilik Perniagaan 1-300-88-8787
10. Bank Rakyat Individu / Pemilik Perniagaan 1-300-80-5454
11. HSBC Amanah Individu / Pemilik Perniagaan 1-300-88-2626
12. Public Bank Individu / Pemilik Perniagaan 1-800-22-5555
13. OCBC Al Amin Bank Berhad Individu / Pemilik Perniagaan 03-83149310
14.MBSB Bank Individu 03-20963000
15. RHB Bank / RHB Islamic Individu 03-9206 8118
16. Standard Chartered Saadiq Individu 1-300-88-8888
17. Alliance Bank Pemilik Perniagaan 03-55169988
18. Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Pemilik Perniagaan 03-26113888
19. SME Bank Pemilik Perniagaan 03-26037700
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen daripada Persatuan Institusi Perbankan Islam seperti pautan di bawah.

Setiap bank lain tawaran dan prosedurnya, jadi pastikan anda semak senarai bank dan prosedur dibawah.

Pasti ramai yang berasa lega bukan apabila mendapat penangguhan pembayaran ini selama 6 bulan memandangkan ramai di antara kita yang tidak mampu untuk bekerja dalam keadaan penularan Covid-19 yang semakin meningkat ini. Gunakan peluang ini sebaiknya. Selamat memohon!

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen daripada Persatuan Institusi Perbankan Islam seperti pautan di bawah:

👉AIBIM Bantuan Moratorium Akibat COVID-19