Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Penghuni Perumahan Awam dan Program Perumahan Rakyat Di Buka Bermula Hari Ini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memaklumkan permohonan sumbangan wang tunai RM100 di bawah Inisiatif Wilayah Cakna kepada penghuni (pemilik atau penyewa) Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) DBKL boleh dibuat mulai hari ini.

Bagi penghuni yang membuat permohonan dan layak menerima bantuan akan mendapat sumbangan wang tunai bernial RM100 bagi setiap unit rumah melalui akaun bank masing-masing (melalui kaedah autopay) secara berperingkat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk cara penghuni PA dan PPR membuat permohonan sumbangan wang tunai RM100.

CARA MEMOHON

  1. Layari laman sesawang eperumahan.dbkl dan pilih bahagian PENDAFTARAN.
  2. Pemohon perlu membuat carian menggunakan No. Kad Pengenalan bagi PEMILIK SENDIRI manakala Nombor Unit bagi PENYEWA

  3. Setiap penghuni wajib mengunci masuk maklumat yang tepat dan sah seperti berikut:
    i) Nombor Kad Pengenalan
    ii) Nombor Akaun Bank
    iii) Emel
    iv) Nama Bank
    v) Nombor Telefon

INFO PENTING

  1. Penghuni boleh mengunci masuk maklumat seperti di atas mulai 13 April 2020 hingga 15 Mei 2020. Jika nombor kad pengenalan tidak dijumpai, sila isi borang khas yang disediakan. Maklumat anda tidak akan disemak dan diperakukan oleh DBKL bagi menentukan kesahihan maklumat.
  2. Sumbangan ini layak kepada penghuni yang mendiami unit ini (pemilik sendiri atau penyewa) dan DBKL berhak menentukan penghuni layak menerima sumbangan ini.
  3. Penghuni boleh menyemak status penyaluran sumbangan ke akaun masing-masing mulai 3 hingga 7 hari bekerja dari tarikh kemaskini.
  4. Kesilapan memberikan maklumat atau maklumat yang tidak sah akan menyebabkan penyaluran sumbangan LEWAT atau TIDAK BERJAYA

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dilakukan di jpkkbcovid19@gmail.com.