Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online, Dah Tak Perlu Isi Borang atau Beratur Lagi

Seperti sedia maklum, Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 sejak 1 April yang lalu melalui i-Akaun (Ahli).

Jika sebelum ini anda perlu download dan isi borang i-Lestari secara manual untuk pengeluaran, kini tidak lagi dengan kemudahan pengeluaran online yang disediakan KWSP.

Pengeluaran kini boleh di buat secara online sahaja dan pemohon tidak perlu mengisi borang dan beratur di pejabat KWSP lagi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat pengeluaran i-lestari KWSP secara online.

PENGELUARAN i-LESTARI

Mungkin semua sudah tahu bahawa pengeluaran i-Lestari adalah daripada akaun 2 sahaja. Bagi pemohon  yang telah mengemukakan permohonan, bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan-bulan berikutnya.

Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Contoh Situasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENGELUARAN

Permohonan pengeluaran i-Lestari yang telah lulus boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:

  1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
  2. Pilih Tab Pengeluaran
  3. Klik e- Pengeluaran
  4. Klik Permohonan Baru
  5. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi

ISI BORANG PENGELUARAN I-LESTARI KWSP SECARA ONLINE

Kini KWSP memperkenalkan cara lebih mudah untuk permohonan baru serta semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara atas talian.

Ikuti langkah berikut.

1- Layari i-lestari.kwsp. Klik Permohonan Baru

2. Isikan semua maklumat yang diminta dan pastikan nombor kad pengenalan, ejaan dan maklumat adalah betul.

3. Tandakan semua checkbox yang ada dan klik HANTAR

4. Bagi yang ingin semak status pengeluaran i-Lestari , klik Semak Status Permohonan di halaman utama ilestari.kwsp

Ada yang sudah buat pengeluaran di i-akaun mendapat notifikasi lulus dan hanya perlu tunggu pihak KWSP uruskan pemindahan bulanan tersebut. Mungkin data-data juga sedang dikemaskini, jadi semua ahli KWSP perlu sabar dan sentiasa mengikuti perkembangan di laman sesawang serta media sosial KWSP.

Sila Pastikan Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit adalah betul dan tepat. Permohonan melalui e-mel/ pos akan mengambil masa bagi memastikan butirannya adalah betul dan tepat. Semakan status permohonan boleh dibuat dari semasa ke semasa.