Penerima BPN Hasil Akan Terima SMS Berperingkat Dari 62000 dan 63833 Mengenai Pengkreditan Pembayaran BPN Bermula 6 April

Pengumuman penting buat pemohon Bantuan Prihatin Nasional! Jika anda sudah memohon BPN melalui laman LHDN atau BSH dan permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima SMS daripada 62000 ATAU 63833 mengenai pembayaran BPN anda.

Baca juga: Permohonan Bantuan RM300 Tanpa Mengira Kaum Di Buka

SMS secara berperingkat mulai 6 April akan diberikan kepada penerima BPN yang layak berkenaan pemakluman pembayaran BPN tersebut.

Sila pastikan SMS yang anda terima adalah daripada pihak LHDNM yang betul iaitu daripada nombor 62000 ATAU 63833 sahaja.

Anda akan menerima SMS seperti berikut.

Untuk permohonan BPN Hasil sila rujuk Permohonan BPN Hasil.