Mohon BPN Hasil Tapi Tiada Akaun Bank, Apa Nak Buat? Baca Ni

Persoalan yang muncul kali ini agak berbeza daripada persoalan yang pernah dijawab sebelum ini oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC. Kebanyakan orang keliru dengan status kelayakan mereka menerima Bantuan Prihatin Nasional(BPN). Tetapi kali ini, persoalannya bolehkah anda mohon BPN hasil tapi tiada akaun bank?

Seperti yang kita tahu, apabila ingin mengemaskini maklumat untuk penerimaan bantuan, pasti akan disertakan nombor akaun bank untuk memudahkan urusan kita. Dengan adanya nombor akaun bank, wang akan terus masuk ke bank kita terus. Bagaimana pula jika tiada akuan bank?

Bagi persoalan ini, jawapan ini telah terjawab di perkongsian bawah.

TIADA AKAUN BANK? APA NAK BUAT?

Seperti biasa, persoalan ini dijawab oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC yang setia membantu anda.

Menurut Johari, beliau tiada akaun bank untuk disertakan semasa membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Tetapi beliau difahamkan dalam FAQ LHDN pada point nombor 5 Kaedah Pembayaran, jika tiada akaun, bayaran akan dibuat melalui kaunter di Bank Simpanan Nasional. Jadi beliau keliru sama ada memang benar begitu atau pun perlu disertakan juga akaun bank semasa permohonan.

Menurut Siti, memang tidak dinafikan FAQ LHDN ada menyatakan jika tiada akaun bank, pembayaran akan dibayar secara tunai terus kepada penerima di kaunter SBN. Walaubagaimanapun Siti mencadangkan anda yang mempunyai masalah ini untuk terus menghubungi LHDN di talian 1-800 882 747 /03-8911 1000 atau mesej di FB page LHDN.

Anda boleh buat rujukan terus ke pihak LHDN untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat bagi masalah ini. Selamat memohon!