Take a fresh look at your lifestyle.

Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Kerja Akibat COVID-19. Ini Persediaan Yang Anda Boleh Lakukan

72

Penularan wabak COVID-19 sekarang yang semakin meningkat hari demi hari di kini menjadi ancaman besar buat rakyat di seluruh dunia. Penularan ini telah menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penyebaran virus ini.

Wabak ini bukan sahaja telah menjejaskan kesihatan orang ramai, malah turut memberi kesan yang teruk kepada industri pekerjaan yang melibatkan pelbagai sektor apabila pelbagai industri diminta tutup sementara berikutan dengan penularan ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui risiko rakyat kehilangan kerja di Malaysia dan persediaan yang boleh dilakukan jika kehilangan kerja.

RISIKO KEHILANGAN KERJA

Mengikut laporan terbaru daripada The Sun Daily, anggaran 1 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika 10% daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak mampu menanggung kos operasi keadaan ekonomi yang lemah walaupun kes wabak COVID-19 diselesaikan nanti.

Presiden Persatuan SME Malaysia Datuk Micheal Kang berkata bahawa risiko tersebut akan dialami rakyat Malaysia selepas wabak COVID-19 yang melibatkan global dan memaksa Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari.

Beliau berkata bahawa banyak syarikat yang tidak membuat persediaan untuk menghadapi krisis seperti ini dan mereka tidak mungkin dapat bertahan sekiranya keadaan penularan tidak berkurangan secara drastik dalam beberapa minggu yang akan datang.

” Jika pandemik ini tidak ditangani dengan segera, saya yakin bahawa 5% hingga 10% daripada PKS berkemungkinan ditutup”

”Ini kerana mereka tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk terus hidup. Kebanyakan syarikat hanya mempunyai dua bulan rizab untuk menampung kos operasi mereka” katanya.

Kenyataan beliau disokong oleh ahli ekonomi yang menjangka bahawa Malaysia akan menghadapi kemelesetan ekonomi pada akhir tahun ini disebabkan oleh wabak virus ini.

Seramai 108,000 pekerja di Singapura dilaporkan telah kehilangan kerja dan terpaksa menanggung pengurangan gaji berikutan wabak COVID-19 yang melanda.

PERSEDIAAN JIKA KEHILANGAN KERJA

  • Dapatkan Elaun Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

SIP merupakan langkah efisien yang diambil oleh PERKESO dan Kementerian Sumber Manusia yang mula dilaksanakan sejak Januari 2018.

SIP berperanan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk membantu golongan pekerja yang hilang pekerjaan dan mendapat bantuan kewangan sementara mencari kerja baru.

Anda layak mendapat wang bantuan berjumlah RM1,700 sehingga RM10,800 dalam masa 3 hingga 6 bulan. Jumlah elaun yang akan diterima daripada EMP ini adalah berdasarkan caruman iaitu bergantung kepada jumlah gaji anda terdahulu.

  • Tuntut Pampasan Pemberhentian

Ini adalah pengetahuan asas yang semua pekerja perlu ambil tahu. Di bawah Akta Kerja 1955 atau Perjanjian Bersama (Collective Agreement), pekerja yang diberhentikan boleh menuntut pampasan atau faedah penamatan.

Secara mudahnya jika anda dilindungi di bawah akta ni, anda layak menuntut faedah-faedah statutori seperti gaji ganti notis, faedah penamatan kerja, bayaran baki cuti tahunan dan baki gaji (sekiranya ada).

  • Update Resume dan LinkedIn

Tiba masa untuk move forward sebab kalau anda asyik meratapi nasib pun tiada guna jugak. Kemaskini resume dan semua profil anda seperti di LinkedIn, Jobstreet, Job Malaysia dan lain-lain lagi. Penting untuk masukkan semua skill yang paling relevan dengan anda dan sepadan dengan syarat-syarat pekerjaan yang dimohon.

Baca: Maklumat ini Dah Tak Relevan Dalam Resume Anda

Lakukan Kerja Part Time

Dari hari ke hari duit simpanan yang ada pastinya semakin berkurangan, jadi sebelum ia habis licin, carilah kerja sementara. Macam-macam perkara anda boleh buat, paling senang adalah menjadi pemandu Grab atau berniaga Online. Kerja-kerja sebegini bagus untuk kita yang tengah aktif mencari pekerjaan kerana masa adalah fleksibel, jadi ia memudahkan untuk hadiri panggilan temuduga.

Baca: Kerja Yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah

Kehilangan pekerjaan bukanlah bererti hidup anda telah tamat. Mulakan hidup baru dan jangan putus asa dalam mencari pekerjaan. Anda perlu yakin dengan diri sendiri kerana apabila tiba masa dan tempat yang tepat, pasti anda akan bertemu dengan pekerjaan yang lebih menghargai anda. Semoga berjaya!