Langkah Keluar Duit Gaji Bulan Ini, Bawa Balik Duit Bukan Virus

Sudah hujung-hujung bulan ni pasti ramai yang sudah masuk gaji bukan? Masa ini lah selalunya ramai yang terpusu-pusu pergi ke mesin ATM untuk keluarkan wang. Ingat! bukan anda sorang sahaja yang mahu keluarkan duit untuk kegunaan harian.

Sehingga kini wabak Covid-19 ternyata belum berakhir. Jadi berhati-hatilah jika pergi ke tempat awam dan dalam menyentuh barangan yang ramai orang sentuh.

Sangat penting untuk peringatan kita semua bahawa penjagaan kebersihan terutamanya sentuhan melalui tangan adalah sangat penting ketika berada di tempat awam.

Praktikkan juga penjagaan kebersihan ketika berada di mesin ATM kerana kawasan tersebut banyak melibatkan sentuhan orang ramai terutamanya di mesin tersebut sendiri pada musim gaji ini.

Berikut adalah perkongsian mengenai langkah-langkah yang perlu anda ambil bagi mengelakkan jangkitan virus berbahaya.

LANGKAH-LANGKAH KELUARKAN WANG DI ATM

1. Bungkus Hujung Pen Menggunakan Tisu / Tisu Basah

Pertama sekali, anda perlu bungkus pen yang akan digunakan sebagai ganti jari kita untuk menekan butang dan skrim di ATM dengan  menggunakan tisu atau tisu basah.

2. Tekan Butang & Skrin Guna Pen Yang Dibungkus Tadi

Gunakan pen yang dibungkus tadi untuk menekan butang dan skrin untuk urusan pengeluaran wang atau apa-apa urusan. Jangan sesekali menyentuh mesin tersebut menggunakan tangan.

3.  Setelah Selesai, Buang Tisu Yang Digunakan

Setelah selesai urusan anda, terus buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah berdekatan tanpa menyentuh bahagian tisu yang disentuh pada mesin tadi.

4. Lap Tangan Menggunakan Tisu Basah Kedua / Hand Sanitizer

Selepas buang, lap tangan anda dengan menggunakan tisu basah yang lain atau lebih bagus jika anda menggunakan hand sanitizer untuk langkah penjagaan yang lebih efektif.

Senang kan langkahnya? Kita haruslah sentiasa berwaspada di mana pun kita berada. Mana tahu dalam ramai-ramai yang menyentuh mesin tersebut salah sorang daripadanya membawa virus.

Amalkan juga social distancing ketika beratur dan kalau boleh keluarkan wang banyak untuk persediaan akan datang jadi lepas ini tak perlu lah pergi ke mesin ATM banyak kali. Beringatlah sebelum terkena. Selamat beramal!