Take a fresh look at your lifestyle.

Jangan Serbu BSN Sahaja Untuk Pengeluaran BPN! Ada Banyak Bank Lain Anda Boleh Guna Tanpa Cas Pengeluaran RM1 Tau Tak

33

Bantuan Prihatin Nasional akan mula diagihkan mulai hari ini dimulai dengan pemohon yang memegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN)? Jika betul, pasti sudah ramai yang teruja dan tidak sabar untuk keluarkan wang tersebut melalui mesin ATM kan?

Jangan gopoh! Jangan pula anda serbu BSN hari ini kerana banyak lagi bank lain yang anda boleh gunakan untuk keluarkan wang. Jika ramai yang bersesak di dalam satu bank yang sama, ini akan meningkatkan risiko untuk dijangkiti virus yang tidak diingini.

Ingat! Sentiasa jaga social distancing anda.

GUNA BANK LAIN TANPA CAJ PENGELUARAN RM1

Rata-rata pengguna sebenarnya tidak mahu gunakan bank yang lain kerana tidak mahu dikenakan caj tambahan sebanyak RM1 jika gunakan ATM yang berlainan.

Kini anda tidak perlu gusar lagi kerana anda boleh keluarkan duit anda di mana-mana ATM tanpa dikenakan caj tambahan. Contohnya jika anda ingin keluarkan duit dari akaun BSN, anda boleh gunakan mesin ATM Maybank tanpa caj tambahan RM1. Seronok kan?

Jangan beratur di satu ATM sahaja kerana kita ada banyak lagi ATM yang lain seperti BSN, CIMB Bank, Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Public Bank dan banyak lagi yang boleh digunakan tanpa caj tambahan.

Gunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan ini sebaik-baiknya kerana kerajaan memberikan kemudahan ini untuk mengelakkan orang ramai berkumpul di satu bank sahaja apabila wang BPN masuk. Sentiasa beringat untuk menjaga jarak semasa membuat pengeluaran wang. Selamat beramal!