Ini Senarai Harga Facemask. Harga Syiling Kini Ditetapkan RM1.50. Jika Peniaga Jual Topeng Muka Mahal, Sila Report Kepada KPDNHEP

Kes penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat sehingga kini telah menyebabkan ketakutan di seluruh dunia tidak terkecuali Malaysia. Namun, kerisauan ini telah memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia dalam menjaga kebersihan dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Dalam keadaan ini, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan membeli topeng muka di pasaran dalam jumlah yang sangat banyak dan menjualnya dengan harga yang sangat tinggi. Ini telah menyebabkan individu lain yang memerlukan topeng muka tersebut tidak berpeluang membeli di pasaran dan terpaksa membeli daripada mereka yang menawarkan harga yang lebih mahal.

Namun kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang memantau masalah ini dan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini.

Jika anda jumpa mana-mana pihak yang menjual harga facemask mahal daripada harga sepatutnya, anda boleh buat laporan kepada KPDNHEP.

Berikut adalah perkongsian mengenai harga facemask yang sepatutnya di pasaran dan cara membuat laporan jika terjumpa pihak yang menjual facemask dengan harga yang mahal.

HARGA SYILING FACEMASK TERKINI 30 MAC 2020

Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam satu sidang media yang dilakukan sebentar tadi mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan harga siling topeng muka kepada RM1.50.

Beliau turut menegaskan bahawa topeng muka yang dihasilkan di dalam negara tidak banyak sebaliknya hanya banyak diimport daripada negara luar.

“Kita terikat dengan harga topeng yang diimport. Oleh yang demikian, mesyuarat yang dilakukan bersetuju menetapkan harga siling topeng muka kepada RM1.50. Iaitu 50 sen lebih murah daripada harga yang telah ditetapkan lebih awal iaitu RM2.00,” ujarnya.

Sumber: Bernama

SENARAI FACEMASK DENGAN HARGA SEPATUTNYA

Tindakan tegas ini adalah melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Terdapat lima jenis topeng muka yang telah ditetapkan harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal.

1 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN 1 LAPISAN

Topeng muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga) dijual pada harga borong RM 5.00 sekotak manakala harga runcit RM 7.00 sekotak.

2 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN 2 LAPISAN

Topeng muka (pembedahan/perubatan) dua lapisan (gelung telinga) pula dijual pada harga borong RM 8.00 sekotak manakala harga runcit RM 10.00 @ RM0.20 sen seunit.

3 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN 3 LAPISAN

Topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala) pada harga borong sebanyak RM 25.00 sekotak manakala harga runcit RM 0.80 sen seunit

4 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN 3 LAPISAN IKATAN KEPALA

Topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (ikatan pada kepala) dengan harga borong sebenayak RM 30.00 sekotak manakala harga runcit   sebanyak RM 0.80 sen seunit

5 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN N95

KPDNHEP juga mengingatkan peniaga bahawa topeng muka (pembedahan/perubatan) N95 dijual pada harga borong sebanyak RM 100.00 sekotak, harga runcit adalah sebanyak RM 6.00 seunit

CARA MEMBUAT LAPORAN HARGA

Jika pengguna mendapati ada individu atau mana-mana pihak yang menjual topeng muka mahal daripada harga yang ditetapkan oleh KPDNHEP di atas, anda boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

TINDAKAN TERHADAP PELANGGARAN AKTA

Sebarang perlanggaran di bawah peruntukan Akta ini bagi kesemua jenis topeng muka yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan tindakan undang- undang seperti berikut:

  1. Individu : boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000
  2. Syarikat : boleh didenda sehingga Rm500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Pihak Kementerian memohon kerjasama dan perhatian pihak yang terlibat dalam pembekalan dan penjualan topeng muka agar membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum topeng muka yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Adalah diingatkan juga, bagi jenis topeng muka selain daripada lima jenis yang ditetapkan harga maksimumnya, Kementerian masih mempunyai kuasa mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (bagi sebarang perlakuan menaikkan harga borong atau runcit topeng muka secara tidak munasabah)