Cara Tebus Data Mudah Alih Percuma Maxis, UMobile, Celcom, Digi, YooDo & Unifi Mobile Sepanjang Tempoh PKP

PENGENALAN CARA TEBUS DATA MUDAH ALIH PERCUMA

Sepanjang tempoh Perintah Pengawalan Pergerakan (PKP) pasti ramai yang kebosanan di rumah kerana tidak dapat melakukan aktiviti di luar. Tidak dapat dinafikan kebanyakan antara kita banyak menghabiskan masa dengan telefon mudah alih sahaja.

Baca: Dapat BRIM Tapi Tak Dapat BSH, Bagaimana Nak Mohon Bantuan PRIHATIN?

Memahami masalah ini, Perdana Menteri Tans Sri muhyiddin Yassin telah memperuntukkan pakej internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh PKP tamat sebagai satu inisiatif bagi membantu rakyat senang mengakses internet untuk ketahui perkembangan semasa mengenai dunia hari ini.

PAKEJ INTERNET PERCUMA

Pakej Internet percuma ini adalah buat semua pengguna talian mudah alih termasuk pasca bayar dan prabayar bagi UMobile, Celcom, Maxis, Unifi Mobile, Yoodoo dan Digi. Pengguna akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma pada jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Pengguna boleh menebus internet percuma ini bermula 1 April ini dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan. Ketahui cara untuk menebus internet percuma ini bagi setiap telco di perkongsian bawah!

CARA TEBUS INTERNET PERCUMA

1 UMobile (Daftar & Terima Automatik)

  • Penawaran data percuma ini adalah buat pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband tidak termasuk pengguna WeChat Go.
  • Penggunaan internet percuma ini tiada had untuk pengguna layari dan juga boleh gunakan hotspot.
  • Tawaran internet percuma hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang. Penggunaan selain daripada waktu itu akan diambil kira pakej data langganan bayar sendiri.
  • Untuk penggunaan data percuma ini, talian pelanggan mestilah aktif.
  • Penebusan perlu dilakukan sekali sahaja dan pelanggan akan terima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat.
  • Untuk menyemak baki kuota, dail
    1186# untuk prabayar
    1187# untuk pascabayar.
  • Untuk penebusan internet percuma, dail
    *118*6*7# untuk prabayar
    *118*7*6# untuk pascabayar

Untuk maklumat lanjut, layari laman UMobile.

2 Digi (Internet & Panggilan Percuma)

  • Penawaran ini akan diterima oleh pelanggan pascabayar dan broadband Digi sebanyak 1GB setiap hari.
  • Data percuma ini boleh digunakan pada jam 8 pagi hingga 6 petang.
  • Penebusan adalah dibuat melalui aplikasi MyDigi.
  • Digi juga menawarkan Internet serta panggilan percuma jika anda menambah nilai RM10 ke atas seperti berikut:
    1. Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari
    2. Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.
  • Digi juga menawarkan akses percuma selama 1 bulan untuk pembelajaran digital. Layari Jomstudi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Digi.

3 Celcom (Tidak Perlu Tebus)

  • Buat pengguna Celcom, anda tidak perlu buat sebarang penebusan kerana data percuma akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik setiap hari.
  • Data internet percuma boleh dinikmati dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
  • Baki data yang tidak digunakan akan terhapus dan tidak boleh di bawa ke hari berikutnya.
  • Penggunaan hotspot juga dibenarkan.
  • Untuk menyemak baki kuota, pengguna boleh semak melalui Celcom Life atau dail nombor berikut:
    *118*1*1*2# untuk prabayar
    *118# untuk pascabayar

Untuk maklumat lanjut, layari laman Celcom

4 Maxis (Perlu Tebus Setiap Hari)

  • Penawaran data percuma ini adalah untuk pengguna semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis tidak termasuk pengguna MaxisONE.
  • Penebusan perlu dibuat setiap hari dan boleh digunakan pada jam 8 pagi hingga 6 petang. 
  • Penebusan data adalah melalui tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.
  • Berikut adalah langkah membuat penebusan:
    1. Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
    2. Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
    3. Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’

Untuk maklumat lanjut, layari laman Maxis

5 Unifi Mobile (Pas Hotspot 999GB, Automatik Diaktifkan)

  • Unifi mobile telah menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma sehingga 14 April 2020.
  • Penawaran ini adalah buat pengguna Unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).
  • Pengguna tidak perlu membuat penebusan kerana ia akan diaktifkan secara automatik.
  • Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia ada dalam akaun selepas sehari pengaktifan akaun.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Unifi Mobile.

6 YooDo (Tiada Had Penggunaan)

  • Lain daripada telco lain, YooDo lebih menarik dengan tawaran penggunaan data percuma yang boleh digunakan tanpa had dan boleh digunakan sepanjang hari.
  • Data percuma ini adalah bermula 30 Mac sehingga 14 April 2020 buat akaun yang aktif dan akan dimasukkan ke dalam akaun secara automatik.
  • Data percuma ini akan ditambah pada baki sedia ada.
    Sebagai contoh jika baki anda ada 5GB, YooDo akan tambah 1GB menjadikannya 6GB apabila menerima data percuma itu.
  • Data yang tidak habis digunakan juga boleh dikumpul dan gunakan bila-bila masa sehingga pelan anda luput.

Untuk maklumat lanjut, layari laman YooDo

DATA INTERNET PERCUMA BERMULA 1 APRIL

Seronoknya dapat data internet percuma! Semak cara untuk menebus internet percuma anda di perkongsian di atas sekarang dan mula tebus internet percuma anda bermula esok (1April 2020).

Kini tiada alasan lagi untuk anda tidak duduk rumah. Jadilah pengguna yang berhemah dan rakyat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Selamat menikmati internet percuma!