Cara Solat Tarawih/Terawih Di Rumah Untuk Wanita Semasa COVID-19

Kurang daripada seminggu lagi kita akan menghadapi bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi bulan yang mulia ini? Menjadi salah satu ibadah yang paling dinantikan oleh masyarakat beragama Islam di seluruh dunia apabila tibanya bulan Ramadan adalah solat sunat Tarawih/Terawih.

Namun, dengan keadaan semasa yang tengah kucar kacir akibat daripada penularan wabak COVID-19, adakah kita dapat menjalani bulan Ramadhan pada tahun ini seperti biasa?

Semoga Perintah Kawalan Pergerakan ini berakhir pada 28 April seperti yang ditetapkan. Jika tidak, terpaksa lah kita berkurung lagi sehingga raya.

Walaupun PKP tamat awal bulan puasa, kita mestilah mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di tempat luar dan tempat awam.

Jika anda berhasrat untuk menunaikan solat Tarawih/Terawih di masjid, teruskan niat anda. Bagi wanita yang berhasrat untuk menunaikan solat Tarawih/Terawih di rumah sahaja, ikuti perkongsian ini untuk ketahui panduan ringkas solat terawih di rumah.

BAGAIMANA INGIN MEMBUAT SOLAT SUNAT TARAWIH/TERAWIH BERSENDIRIAN?

Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat Tarawih/Terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH/TERAWIH DI RUMAH

Seperti biasa, mulakan dengan membaca niat dan teruskan solat seperti biasa. Ulang sehingga rakaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20. Surah selepas Al-Fatihah adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca. Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa ini:

Selepas baca doa, sambung rakaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20. Selesai solat tarawih, baca doa selepas Tarawih/Terawih berikut;

 

CARA SOLAT WITIR

Selepas menunaikan solat tarawih,jangan lupa juga solat witir. Berikut disertakan sekali cara solat witir selepas solat tarawih. 2 rakaat dahulu, diikuti 1 rakaat.

Selesai 3 rakaat witir, baca doa berikut:

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat wanita atau ibu-ibu yang berniat untuk menunaikan solat terawih di rumah. Ingat! tidak kira di mana pun kita menunaikan solat terawih, pastikan kebersihan dan pergaulan sentiasa dijaga. Terutamanya yang solat di masjid. Selamat beramal!