Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Setkan Potongan Simpanan Bulanan Dari Akaun Bank Ke ASB Melalui Auto Labur ASB. Mudah dan Cepat Untuk Menyimpan

295

Dalam tempoh PKP di mana kebanyakan premis diminta tutup sementara kecuali premis berkepentingan seperti pasaraya dan klinik, inilah masa anda untuk membuat simpanan. Maklumlah, nak keluar shopping pun tak boleh jadi pasti ramai yang berazam ingin buat simpanan.

Tetapi tidak semua orang ada disiplin yang tinggi. Susah juga sebenarnya nak menyimpan secara konsisten. Tidak boleh shopping di pusat membeli belah, shopping di atas talian pula. Macam mana nak menyimpan?

Bagi yang tidak tahu, ada satu cara yang boleh kita cuba untuk pastikan kita setkan simpanan kita setiap bulan iaitu dengan melanggan Auto Labur@ myASNB untuk pelaburan konsisten secara percuma setiap bulan.

MACAM MANA AUTO LABUR TU?

Maknanya jika kita melanggan Auto Labur, tiap-tiap bulan sejumlah wang akan dipindahkan dari akaun wang kita dan terus dimasukkan dalam akaun ASNB kita. Jadi tak adalah kita terasa sangat untuk keluarkan wang atau lupa nak menyimpan.

Apa yang menariknya, pemindahan tersebut adalah percuma dan tiada sebarang caj perkhidmatan dikenakan bagi pemindahan dari akaun kita ke myASNB berlaku.

Kita juga boleh tamatkan Auto Labur yang kita set ini bila-bila masa sahaja. Jadi taklah rasa terbeban kalau ada emergency kes dan tidak mampu menyimpan lagi. Kita juga boleh ubah amaun bulanan yang ingin ditolak dari akaun bank kita.

Pelaburan yang dibuat adalah minum RM30 dan had maksima adalah sehingga rm30,000.

Bagaimana ingin setkan potongan simpanan ini? Ikuti perkongsian di bawah untuk langkah-langkah yang perlu anda ambil.

CARA SETKAN POTONGAN SIMPANAN BULANAN DARI AKAUN BANK KE AUTO LABUR ASB

1. Login MyASNB

Anda perlu login ke portal MYASNB. Klik pada menu Auto Labur.

2. Klik ‘ Pendaftaran’

Klik pada ‘Pendaftaran’ untuk langkah seterusnya.

3. Isikan Maklumat Pelaburan Bulanan Yang Anda Inginkan Melalui ‘Potongan Terus’

Setkan berapa nilai pelaburan (jumlah yang ingin dipotong terus melalui akaun bank) setiap bulan.

  • Jenis Unit Amanah
  • Jumlah potongan (minima RM30 sebulan)
  • Tarikh pemotongan setiap bulan
  • Nama Bank

4. Tandakan ‘Tick’ Pada Terma & Syarat

Selesai setkan maklumat, semak dan tandakan ‘tick’ pada kotak Terma & Syarat.

5. Isikan Maklumat Perbankan

Seterusnya, isi maklumat perbankan yang dipilih bagi melengkapkan langganan. Anda akan terus dibawah ke portal perbankan bank yang dipilih untuk meneruskan pendaftaran Auto Labur.

6. Terima Resit Transaksi

Bila dah berjaya daftarkan bank, resit transaksi seperti di bawah akan diterima.

Caj RM1 akan ditolak dari akaun bank bagi proses pengesahan. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun ASNB setelah pendaftaran Auto Labur ini berjaya.

Siap! Unit akan dikreditkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh pilihan anda. Mudah kan nak menyimpan? Percayalah, jika anda menyimpan dengan cara wang ditolak secara auto dari akaun bank anda, anda akan lebih konsisten. Selamat mencuba!

Untuk maklumat lanjut tentang Auto Labur boleh rujuk di laman web rasmi ASNB.