Take a fresh look at your lifestyle.

Bantuan Khas Musaadah Khaira Sebanyak RM300 Setiap Orang. Kini Dibuka Buat Semua Warganegara Malaysia Tanpa Mengira Latar Belakang

108

Bantuan Khas Musaadah Khaira adalah satu inisiatif PPZ-MAIWP yang bertujuan untuk membantu meringankan beban orang awam yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Baca juga: Mohon Bantuan BPN Online

Dengan peruntukan dana permulaan sebanyak RM1 juta oleh PPZ-MAIWP, ia dilancarkan pada 1 April 2020 dalam usaha membantu warganegara Malaysia yang memerlukan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama

Permohonan yang berjaya akan diberi bantuan ‘one off” sebanyak RM300.

BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

Bantuan Khas Musaadah Khaira ini adalah khas untuk warganegara Malaysia yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan dengan tujuan:

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
  • Menyahur seruan YB Senator Datuk Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN MOHON MUSAADAH KHAIRA PPZ

Berikut adalah syarat kelayakan bagi memohon bantuan Musaadah Khaira PPZ ini:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  • Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  • Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.

Melalui inisiatif ini, permohonan yang berjaya akan diberi bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300.

CARA MEMOHON

Permohonan adalah dibuka melalui atas talian sahaja dengan melayari laman rasmi Musaadah Khaira mulai 1 April. Ikuti langkah di bawah untuk membuat permohonan.

cara memohon musaadah khaira

Bantuan Khas Musaadah Khaira Sebanyak RM300 Setiap Orang. Kini Dibuka Buat Semua Warganegara Malaysia Tanpa Mengira Latar Belakang Bantuan Khas Musaadah Khaira Sebanyak RM300 Setiap Orang. Kini Dibuka Buat Semua Warganegara Malaysia Tanpa Mengira Latar Belakang

DOKUMEN SOKONGAN

Antara dokumen sokongan yang perlu dimuat naik seperti dinyatakan di atas adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
  • Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
  • Akaun Bank – Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Muat naik dokumen sokongan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dan masukkan ke dalam borang permohonan.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN

Bagi menyemak status permohonan anda, anda boleh masukkan nombor kad pengenalan diri di laman utama Musaadah Khaira.

Bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang update atau pertanyaan mengenai permohonan ini, sila ajukan pertanyaan melalui medium berikut: