Take a fresh look at your lifestyle.

Bagaimana Mohon dan Tuntut RM600 Untuk Pekerja Dalam Program Subsidi Upah, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin. Baca Ni

68

Bagaimana Mohon dan Tuntut RM600 Untuk Pekerja Dalam Program Subsidi Upah, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin. Untuk semua pastikan anda baca info penuh berkenaan Program Subsidi Upah di bawah.

APA ITU PROGRAM SUBSIDI UPAH?

Program Subsidi Upah merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program- ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumum kerajaan pada 27 Mac lepas iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan selama 3 bulan.

Baca juga: Senarai 15 Bantuan Kewangan Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19 Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata majikan yang menuntut tidak dibenarkan membuang pekerja, memotong gaji mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.

Berikut adalah perkongsian mengenai syarat kelayakan permohonan, cara untuk memohon dan kaedah pembayaran dilakukan.

Baca: Cara Mohon Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan majikan dan pekerja bagi membuat permohonan Program Subsidi Upah:

  • Pekerja yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  • Majikan mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula 1 Januari 2020.
  • Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.
  • Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada.

KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran bantuan adalah seperti berikut:

  • Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO
  • Bayaran bagi pekerja yang layak di bawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan.

CARA MEMOHON

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka bermula 1 April 2020 melalui laman web PERKESO.

Pekerja akan menerima bantuan ini selama 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut emelkan pertanyaan anda ke perkeso@perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO.