Daftar Pos Laju Send Parcel, Promosi Pengeposan RM5 Untuk Berat 1KG Ke Bawah

Berita baik untuk para peniaga online dan pengguna Pos Malaysia Berhad! Pos Malaysia kini menawarkan Pos Laju SendParcel untuk tempahan penghantaran secara online dengan cepat, mudah dan murah.

Ketika tempoh PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020 ini, pasti ramai yang mengambil jalan untuk membeli belah secara atas talian memandangkan kebanyakan premis perniagaan ditutup dan rakyat tidak dapat keluar rumah tanpa tujuan.

PROMOSI PENGEPOSAN RM5.00

Jika dahulu harga parcel Pos Laju adalah RM6.60 namun kini Pos Laju menawarkan khidmat penghantaran barang dengan harga serendah RM5.00 sahaja untuk berat barangan 1kg dan ke bawah.

Jangan lepaskan peluang ini, promosi yang dtawarkan adalah sehingga 31 Oktober 2020 sahaja.

Seperti biasa, Pos Laju membuat perkhidmatan datang pick up di rumah atau bagi yang nak hantar sendiri bungkusan, boleh drop off di lebih 700 pejabat pos & Pos Laju, 169 7-Eleven terpilih dan 170 Pos Laju EziBox.

Bagi mendapat harga tawaran pengeposan RM5.00, anda perlu membuat pendaftaran sekarang di sendparcel.poslaju.com.my.