Take a fresh look at your lifestyle.

Awas Ibu Bapa, Jangan Terbeli Termometer Tiruan Yang Hanya Tunjuk Suhu 37 Darjah Celsius Sahaja

101

AWAS ibu bapa! Hindari daripada terbeli termometer tiruan yang hanya tunjuk suhu 37 darjah celsius sahaja. Ketika pandemik COVID-19 ini masih menular di seluruh dunia, ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas angin dan mementingkan diri sendiri.

Memang zaman sekarang tidak dapat lari daripada penipuan di atas talian. Tambahan lagi penipu yang ambil kesempatan di saat gentir sebegini. Termometer tiruan? Bagaimana tu? Ikuti perkongsian di bawah

TERMOMETER TIRUAN

Memetik laporan Sin Chew Daily terdapat satu alat pengesan suhu atau termometer yang dijual secara atas talian di Thailand, dimana alat berkenaan adalah palsu. Alat berkenaan hanya akan menunjukkan bacaan pada 37 darjah Celsius selepas ditekan, walau dalam apa suhu sekalipun.

Malah selepas dibuka, alat berkenaan didapati kosong pada bahagian tengah, dan hanya mempunyai skrin LCD dan cip berserta wayar yang disambung. Tambah lagi, bacaan tetap menunjukkan pada angka 37 darjah meskipun badan termometer ini sudah dibuka.

Walaupun kes ini berlaku secara atas talian di Negara Thailand, kita di sini juga perlulah berhati-hati dengan sebarang sindiket atas talian untuk mengelakkan diri daripada penipu.

Tidak mustahil juga ada penjual yang tidak bertanggungjawab mendapatkan termometer tiruan ini dengan harga yang murah dan jualnya dengan harga yang mahal kepada kita. Kongsikan juga hal ini kepada kenalan anda supaya tidak ada yang tertipu!