Take a fresh look at your lifestyle.

KKM Lancar ‘Website’ Khas Periksa Covid-19, Tawarkan Perkhidmatan Secara Dalam Talian Untuk Rakyat Malaysia

42

Sedarkah anda bahawa kes Novel Coronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 pada hari ini adalah semakin kronik? Penting untuk anda ambil peduli mengenai jangkitan ini kerana semakin banyak kes kematian dan jangkitan meningkat di seluruh dunia termasuk Malaysia sehingga kini. Mana tahu jika pesakit COVID-19 adalah disekitar anda?

Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui tentang jangkitan COVID-19 negara-negara yang dijangkiti termasuk Malaysia pada hari ini serta periksa ‘website’ khas yang dilancarkan oleh KKM bagi membuat pemeriksaan COVID-19 secara dalam talian.

STATISTIK TERKINI COVID-19 DI SELURUH DUNIA

Bagi yang masih tidak sedar bagaimana hebatnya jangkitan ini berlarutan dan bertambah, lihat statistik yang dikongsikan di bawah mengenai catatan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia sehingga 08 April 2020.

Angka pesakit yang dijangkiti wabak virus dari Wuhan, China terus meningkat sehingga kini jumlah keseluruhan kes sehingga 1,441,128 orang dari 123 negara. Jumlah kematian keseluruhan pula adalah sehingga 82,992 di seluruh dunia.

Di Malaysia pula, walaupun situasi masih lagi terkawal, namun angka peningkatan kes terus bertambah dari masa ke semasa. Jumlah kes yang disahkan positif setakat 08 April 2020 adalah sehingga 4119 orang. Namun 1608 orang pesakit COVID-19 telah berjaya disembuhkan sehingga hari ini dengan 68 kes kematian dicatatkan.

‘WEBSITE’ KHAS PERIKSA COVID-19

Dalam usaha KKM membantu pengesanan gejala COVID-19 di kalangan orang awam, KKM telah berkoloborasi dengan Virtual Health Advisory (DoctorOnCall) bagi memudahkan orang awam yang mempunyai pertanyaan atau keraguan mengenai kejadian COVID-19 untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan keluarga untuk tindakan seterusnya

KKM Lancar 'Website' Khas Periksa Covid-19

Layari laman sesawang Virtual Health Advisory sekarang untuk mengetahui jika anda berisiko menghadapi jangkit Novel Coronavirus

Laman sesawang DoctorOnCall yang dilancarkan ini adalah berfungsi sebagai ‘ alat pengesan’ jika anda berisiko dijangkiti coronavirus.

Di laman ini anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan menjawab beberapa set soalan mudah yang diajukan kepada anda. Melalui soalan-soalan yang diajukan sistem bakal mengeluarkan keputusan yang tepat berdasarkan jawapan anda. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan nasihat secara dalam talian melalui laman sesawang ini

Anda boleh layari laman ini sebagai langkah pencegahan awal sekiranya anda berasa tidak selesa terutamanya bagi yang baru pulang dari luar negara atau sering berkunjung ke tempat yang ramai orang dan mempunyai tanda seperti batuk, sukar untuk bernafas dan demam.

Namun anda dinasihati untuk terus berjumpa dengan doktor dan pakar kesihatan sekiranya tanda-tanda sakit yang anda alami masih berlarutan. Mencegah adalah lebih baik daripada berubat. Buat masa sekarang, elakkan berada di tempat awam atau berkunjung ke luar negara untuk mengelakkan risiko jangkitan.

LAMAN WEB DOCTORONCALL