2 Kategori Individu Bujang Yang Perlu Daftar Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Untuk Terima RM800 atau RM500

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan telah menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 billion bagi golongan yang layak.

Seperti yang sedia maklum, pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.

Mengikut laporan, semakan status dan permohonan baru boleh dibuat hari ini iaitu 1 April 2020. Namun individu yang mempunyai rekod BSH atau pembayar cukai LHDN tidak perlu lagi membuat permohonan.

Permohonan untuk kategori Bantuan Individu Bujang telah di buka. Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui 2 kategori individu bujang yang perlu daftar permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Permohonan yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM800 dan RM500 mengikut kategori.

2 KATEGORI BUJANG YANG PERLU DAFTAR PERMOHONAN BPN

Golongan layak menerima bantuan bagi kategori bujang telah ditetapkan untuk individu yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja. Manakala, bagi individu yang berumur 21 tahun ke bawah, anda tidak layak untuk membuat permohonan bagi kategori ini.

Terdapat 2 kategori bujang yang akan menerima bantuan dengan jumlah yang berbeza.

1 Pendapatan RM2000 dan ke bawah

Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah, anda layak untuk menerima bantuan sebanyak RM800. Bayaran bantuan akan dilakukan secara dua fasa iaitu pada bulan akhir April dan bulan Mei 2020. Individu di kategori ini adalah dianggap bujang golongan B40.

Baca itu Apa Maksud Golongan B40, M40 dan T20

2 Pendapatan RM2001 Hingga RM4000

Individu bujang yang berpendapatan bulanan sebanyak RM2001 hingga RM4000 adalah tersenarai dalam bantuan untuk bujang dalam golongan M40. Bujang dalam kategori ini akan menerima bantuan sebanyak RM500 yang akan dibayar mengikut 2 fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.

ANDA HANYA PERLU MENDAFTAR JIKA

Selain daripada 2 kategori bujang yang disebutkan di atas, terdapat golongan lain juga yang perlu membuat pendaftaran baru. Anda perlu mendaftar sebelum membuat semakan jika:

  1. Belum pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau;
  2. Belum berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bagi yang sudah pernah menerima BSH dan namanya sudah pun ada rekod dalam LHDN, anda tidak perlu lagi membuat permohonan baru. Anda hanya perlu buat semakan status.

Baca juga: Penerima BSH dan Individu Mempunyai Rekod LHDN Tak Perlu Daftar BPN

Bagi yang ingin membuat permohonan baru pula digalakkan untuk membuat semakan status terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Jika lulus, anda tidak perlu lagi membuat permohonan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui www.bsh.hasil.gov.my mulai 1 April 2020.

2 Kategori Individu Bujang Yang Perlu Daftar Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Untuk Terima RM800 atau RM500